Kitamen shah alam signboard thang

Tahun 2018 merupakan tahun kebangkitan eSports di Malaysia.

Terdapat banyak tournament-tournament eSports setiap bulan di Lembah Klang tetapi bukan semua player mempunyai PS4 untuk berlatih sebelum tournament.

Memperkenalkan Kitamen Shah Alam!

Kami menubuhkan pusat sukan digital dimana player-player eSports boleh berkumpul dan bermain sesama sendiri.

Banyak tarikan-tarikan yang kami sediakan tetapi sebelum itu, jum kita kenali…

 

Apa itu Kitamen? -Platform Ke dunia Sukan Digital.

Ramai yang minat eSports namun masih belum ramai yang tahu akan kewujudannya.

Di Kitamen, kami berhajat meningkatkan kesedaran eSports sehingga bukan sahaja satu negara tahu tentang kewujudannya, tetapi juga menyokong aktiviti-aktiviti e-Sukan supaya masyarakat boleh berlatih dan focus dengan suasana yang lebih baik.

Dua tahun lepas, setiap kali kami sebut “eSports” sahaja, ramai akan tanya balik, “Apa tu?”

Sekarang, hampir semua orang pernah dengar kerana bukan sahaja kerajaan sudah mula terima, media masa juga giat memaparkan artikel-artikel tentang eSports dan juga coverage untuk event-event kami.

Media Prima Digital juga menubuhkan My Game On khas untuk liputan berita-berita e-Sukan semasa, tidak lupa juga YB Syed Saddiq yang memainkan peranan penting dengan melibatkan diri secara peribadi di tournament-tournament besar Malaysia.

Sedikit demi sedikit, masyarakat Malaysia semakin menerima e-Sukan sebagai suatu kareer professional yang bakal menentukan masa depan sesorang.

Kami di Kitamen bercita-cita melahirkan atlet-atlet eSports Malaysia yang bakal membawa nama negara di tournament tahap antarabangsa.

 

Nak Main PS4 di Kedai Kami? –Masa untuk nikmati dunia Esports.

Kitamen Shah Alam Harga

Harga di gambar sebelah kanan tersebut merupakan harga standard kami bukan sahaja di Kitamen Shah Alam, tetapi seluruh Kitamen di seluruh dunia.

Kalau ada harga yang berbeza, itu adalah kerana harga promosi yang kadang-kadang kami buat ikut hari.

Contoh, apabila hari Raya, kami akan berikan harga promosi sebab ramai orang yang di Shah Alam sudah balik ke kampung manakala outlet sedara kami di luar sana pula akan menaikan harga kerana ramai sangat player di tempat mereka di waktu perayaan sehingga kedai mereka penuh.

Kedai kami juga bukan sahaja ada game-game PS4 biasa malah ada juga VR untuk sesiapa yang minat mengembara alam maya dan juga Formula One Racing Simulator untuk peminat-peminat kereta.

Dari semasa ke semasa, kami suka membuat pelbagai jenis promosi seperti promosi harga runtuh, promosi untuk game-game terpakai, dan juga cabaran markah tertinggi untuk game-game kami sepert F1 2019 dan Mario!

Banyak promosi dan hadiah menarik menanti anda, jangan lupa follow page kami di Facebook untuk tahu dengan lanjut aktivi dan juga event-event kami.

Kitamen Shah Alam Venue Rental area

Ingin booking outlet kami untuk event tersendiri? Pun boleh!

Selain menyediakan servis main PS4 ikut jam, kami juga ada servis venue rental dimana anda boleh membuat tempahan untuk event yang anda rancang sendiri.

Event-event yang selalunya dibuat disni termasuk event birthday, gathering, dan juga mini-tournament yang dirancang oleh pemain sendiri.

Ada satu hari tu, seorang brader ni bawak WWE belt besar untuk tournament dimana mereka main sesama rakan kerja mereka sendiri.

Macam-macam jenis event seronok menanti anda dan kami disini sedia membantu!

Set venue rental kami termasuk:

  • 10 PlayStation 4 sets.
  • Free monitor untuk pamer poster event atau bracket tournament.
  • Full air conditioning.
  • Free Wi-fi.

 

Ingin Organise Event Esport? Sewa Peralatan Kami!

Kitamen rental service cover

Bisnes Sewa PS4 kami dijamin kualiti.

Kebanyakan kedai Game PS4 di Shah Alam hanya focus untuk eSports di Playstation 4 sahaja seperti Fifa, Pes dan Tekken tetapi kami sukakan variasi dan oleh sebab itu, kami membesarkan arsenal game dan peralatan kami.

Set #1 – Standard PS4 set

Ingin join atau organize tournament sendiri? Kami boleh membantu.

Standard set kami merupakan pilihan yang sesuai untuk tournament-tournamen biasa seperti FIFA 19, PES 19, Tekken 7 dan juga game-game trend yang lain.

Servis PS4 rental Malaysia kami bukan sahaja di kawasan Shah Alam, tetapi juga di serata Lembah Klang.

Merncang event adalah hobi kami so mana-mana sahaja lokasi yang anda mahukan, kami akan memjadikannya realiti.

Satu set standard kami termasuk:

1x Konsol PlayStation 4

1x TV HD 40”

2x Kontroller DualShock 4

1x Pilihan Game

Transport dan Setup

Set #2 – PlayStation Virtual Reality

PSVR Kitamen Shah Alam

Ingin mendalami alam maya?

Izinkan kami merialisasikan impian anda.

Selain penggunaan PS4 standard untuk tournament, ramai juga gemari Virtual Reality set kami kerana headset kami akan membawa anda ke alam fantasi dengan detail yang gah gitew!

 

Satu set Virtual Reality kami termasuk:

1x Headset Virtual Reality

1x Konsol PlayStation 4

1x TV HD 40”

2x Kontroller DualShock 4

1x Pilihan Game

Transport dan Setup

Set #3 – F1 Racing Simulator

Anda minat e-motorsport? Kini, anda boleh jadi seperti Lewis Hamilton.

Racing Simulator Rental Malaysia masih belum ramai yang focuskan lagi kerana sukan e-motorsport kami masih di peringkat kecil lagi, tetapi kami yakin tak lama lagi, dunia perlumbaan akan menjadi antara yang terbesar di negara tercinta kami.

Oleh sebab itu, kami mengambil peluang dari mula-mula lagi untuk focus ke dunia eSport racing untuk menyuntik semangat kedalam hati peminat-peminat racing games.

Kami mempunyai F1 Simulator Cockpit yang pertama di Malaysia dan anda boleh berpeluang untuk merasai gaya mutu keunggulan dengan mudah.

Kami yakin Racing simulator rental kami akan menjamin kesempurnaan drive anda.

Satu set racing kami termasuk:

1x F1 Racing Simulator Cockpit

1x Thrustmaster Steering Wheel dan Pedal

1x Konsol PlayStation 4

1x TV HD 40”

1x Pilihan Game

Transport dan Setup

Set #4 – Taiko Drum Game

Taiko No Tatsuji PS4 Drum thang

Anda ingin menjadi taiko besar? Kini anda boleh dengan set Taiko kami.

Jangan salah faham, Taiko yang kami maksudkan adalah set game Taiko yang merupakan drum permainan yang connected ke PlayStation kami.

Game ini sangat seronok lebih-lebih lagi dikalangan peminat-peminat anime dan pasti akan jadi tarikan besar pelawat-pelawat event anda.

Satu Drum Taiko set termasuk:

1x Taiko Drum

1x Konsol PlayStation 4

1x TV HD 40”

1x Pilihan Game

Transport dan Setup

Set #5 – Nintendo Switch

Nintendo switch Kitamen shah alam

Ingin bermain game multiplayer bersama 4 orang sekaligus?

Kami mempunyai penyelesaiannya.

Kini dengan kehadiran Nintendo Switch di dalam dunia e-sukan, pemain-pemain sekalian boleh menikmati game alternatif yang lebih casual, sesuai untuk keluarga.

Game-game popular kami termasuk Super Mario Cart, Tennis Aces, dan juga Bomberman.

Satu set Nintendo Switch kami termasuk:

1x Konsol Nintendo Switch

1x TV HD 40”

4x Kontroller Joy Con

1x Pilihan Game

Transport dan Setup

kitamen shah alam CTA button malay

 

Mungkin Anda Pernah Terserempak Kami

Kami suka meluangkan masa bersama gamer-gamer kami, lebih-lebih lagi masa event.

Walaupun memang setiap hari kami beroperasi di kedai, tetapi nadi kami lebih bernyawa apabila kami di event-event luar bersama kitameniacs-kitameniacs tercinta dengan udara yang nyaman, crowd yang meriah, dan suasana yang cantik.

Ada juga sesetengah event dimana kami dijemput untuk coverage

kitamen vulcan post appearance

Kitamen Experience juga merupakan salah satu milestone untuk kami dan juga atlet-atlet eSport satu Malaysia…

kitamen digital news asia

Focus Malaysia juga membuka peluang untuk kami kembangkan lagi outreach eSports di tanah air…

kitamen esports for the win

Kami juga sempat feature di Gamer Santai, antara satu-satunya laman web gamer yang bermisikan gaya hidup gaming sihat masa kini…

gamer santai kitamen coverage

Banyak lagi medium berita yang sering kami feature, lebih-lebih lagi di berita dan televisyen dan jika anda ke event-event kami, anda juga boleh join kami untuk coverage.

 

Kami Terletak di Seksyen 7 Shah Alam!

kitamen shah alam office

Tahu Pak Li Kopitiam? Kami sederet.

Alamat kedai – 7A, Tingkat 1, Jalan Kristal K7/K, 40000 Shah Alam, Selangor.

Jika ada Waze lagi senang, sebab kami ada disitu dan juga di Google.

Buat masa sekarang, kami belum ada signboard lagi kerana masih menunggu penyelesaian isu lessen dengan MBSA.

Walaupun kedai kami sudah setahun, lesen kedai amat sukar untuk dilepaskan kerana MBSA mempunyai rule yang ketat apabila berkenaan dengan pusat-pusat yang berniaga dengan PS4.

Kami sedang telus bekerjasama dengan KBS untuk mendapatkan perlepasan lesen bagi semua outlet-outlet kami so buat masa sekarang, kedai kami hanya ada bunting dan logo di pintu sahaja.

Untuk menyenangkan kerja mencari tempat kami, boleh tengok je teruih di Google Maps ni…

 

Akhir Kata

Esports adalah nadi kehidupan kami dan terdapat banyak variasi yang boleh kami focuskan.

Kami sentiasa dahagakan peluang untuk memperkembangkan lagi dunia eSports di Malaysia dan oleh sebab itu, kami mengalukan-alukan anda untuk hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

Anda on? Jom Kitamen!


4 Comments

Encik Exact · October 11, 2018 at 10:32 am

One of the best gaming hub in shah alam, macam main kat overseas. Hebat perasaan dia bila main F1 Racing Simulator , terasa macam Lewis hamilton

Irfan Isaac · October 5, 2018 at 8:10 am

Nak Kitamain lagi!! Terbaik. Abang kulit gelap satu tu sangat baik dengan saya.

    Riaz Shah · October 5, 2018 at 8:11 am

    Tengkiyu ma boi, bes main game dengan bro yang tinggi macam klcc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *