Pubg mobile player for Facebook header

SHAH ALAM: Ambang Tahun Baru 2020 merupakan festival pengakhiran tahun pertama di Shah Alam selepas empat tahun.

Di lancarkan oleh EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, YB Mohd Khairuddin Othman, program ini bermatlamat untuk menyampaikan variasi aktiviti menarik dan program hiburan berinformasi bagi setiap lapisan masyarakat Selangor.

Bertapak di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, program bermula dari 10 pagi sehingga ke 12 malam dan telah berjaya meraih sebanyak 20,000 bilangan pelawat secara keseluruhan.

Antara tarikan-tarikan yang dibawa termasuk pertandingan gasing Beyblade, pertandingan eSports, Night Run, pertanding dron, pelbagai jenis trak makanan, silat, program Selangor Berselawat dan solat berjemaah sebelum diikuti persembahan perarakan pancaragam yang juga pertama kali diadakan.

Sambutan lebih meriah pada malam berkenaan apabila turut diadakan persembahan penyanyi popular, Black Mentor, Syamel dan Ernie Zakri.

Kemuncak sambutan dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari, turut mengira detik jam 12 tengah malam diikuti pertunjukan bunga api.

Pengarah acara eSports Kitamen, Syahir Zolbahre, yang membuka khemah permainan digital di Ambang Tahun Baru 2020 kagum dengan sambutan hebat generasi muda yang mencuba pelbagai permainan digital dibawanya.

Katanya, “Hampir 3,000 pengunjung muda sudah mencuba permainan digital yang kami bawa khas untuk pengunjung ini membuktikan sukan digital kini amat popular. Permintaan peserta yang sangat ramai mengundang kami untuk naikan prize pool sehingga ke rm10,500.”

Beliau juga berkata, “Inisiatif kerajaan untuk membangunkan minat dan semangat anak muda dengan mengadakan acara-acara informatif dan berkaitan dengan bisnes masa kini sekarang lebih terang untuk dilihat apabila kerajaan negeri membawa masuk tarikan-tarikan dan sukan hangat yang dulu agak susah untuk medapat sokongan. Saya amat bangga dengan langkah kerajaan tahun ini untuk mendekati belia-belia Selangor dan saya harap masa depan akan menjadi lebih lancar dengan lebih banyak acara dan peralatan yang boleh kami sediakan untuk bahagian e-Sukan seterusnya.”

Antara pertandingan yang dipertandingkan terdiri daripada FIFA 20, Call of Duty Mobile, Mobile Legends, Player Unknown Battlegrounds Mobile dan Tekken 7.

Bagi pengunjung yang hadir yang tidak bertanding, cabaran esukan juga disajikan bagi sesiapa sahaja yang hadir.

Cabaran yang disajikan adalah masa terpantas F1 2019, dan juga markah paling tinggi di dalam permainan irama Beat Saber.

Cabaran menjadi lebih meriah apabila bukan sahaja peminat-peminat e-Sukan yang manyahutnya, malah peserta-peserta dari luar juga turut mencuba kehandalan mereka di dalam game F1 2019 dan Beat Saber tersebut.

Atlet-atlet e-Sukan terkenal Negara seperti Amtuah (FIFA), ZABA (Tekken 7) dan juga FATE turut hadir pada acara tersebut untuk memberi sokongan mereka atas inisiatif kerajaan untuk membangunkan pergerakan e-Sukan, dan bergaul bersama pemain-pemain juga dengan khayalak ramai.

Bagi yang baru berjinak di dunia e-Sukan, Amtuah merupakan antara atlet FIFA terhandal di Malaysia dan telah memenangi banyak tournament serta membawa nama negara bila bertanding di luar negara.

Zaba dan Fate tidak ketinggalan dalam mengharumkan nama negara apabila mereka berdua juga bertanding di Sukan SEA baru-baru ini.

Turut menyertai bahagian e-Sukan festival tersebut termasuk juga eSports Medica yang ditubuhkan oleh Dr. Zatul-‘Iffah sebagai terapi kesihatan atlet-atlet yang berjam-jam di alat peranti.

Kesihatan amatlah penting walaupun di dunia digital kerana apabila atlet menghadap skrin pada masa yang lama, tubuh badan akan mula merasa lenguh dan lesu lalu menjejaskan prestasi permainan atlet tersebut.

Dengan adanya perurusan kesihatan dan postur yang baik, atlet-atlet e-Sukan bukan sahaja boleh bermain dengan lebih selasa, malah boleh juga menaikan taraf focus di waktu perang.

Tidak ketinggalan juga Planet Mahir yang turut menyertai pergerakan e-Sukan bersama dengan eSport Medica dan juga KITAMEN.

Planet Mahir merupakan suatu platform pembelajaran online berdasarkan di Malaysia dan mempunyai guru-guru yang celik dalam bidang IT dan teknikal, mengajar variasi topik terkini, termasuk e-Sukan.

Dengan bangunnya industry e-Sukan, bukan sahaja kelas online sudah bermula, serata sekolah di Malaysia juga telahpun mengadakan silabus pengenalan mengenai eSports dan atlet-atlet terkenal negara.

Walaupun industry e-sukan semakin membangun di Tanah Air ini, kali ini merupakan kali kedua KITAMEN berurusan dengan kerajaan negeri Selangor untuk membuat acara secara besar-besaran.

Dengan bekerjasama dengan kerajaan, lebih banyak jenis e-Sukan yang boleh dibawa masuk ke Tanah Air kami, lebih banyak jenis cabaran yang boleh sajikan, dan yang penting, lebih bayak peralatan-peralatan qualiti tinggi yang boleh kami bawa masuk.

Kali pertama adalah dengan acara Selangor Youth Republik yang baru sahaja dua bulan lepas dilancarkan dengan jayanya.

Belia dan anak muda merupakan generasi yang akan mengambil alih semua urusan-urusan hari ini dan memberi peluang membangun dan membina minat minat serta asah bakat, boleh menyumbang kepada Malaysia yang berwibawa.


4 Comments

Akira Daniel · January 22, 2020 at 9:17 am

Sangat menarik melihat budaya E-Sports sihat yang terserlah di majlis ambang tahun baru , Harap2 ada lagi macam ni dder…

    Shya · January 22, 2020 at 9:19 am

    Terima kasih kerana respon terhadap artikel saya ustaz. alhamdulillah dder~

Riaz Shah · January 22, 2020 at 8:08 am

wau! tercyduk saya di event ni brader!

    Shya · January 22, 2020 at 8:08 am

    sama la kita bosku!

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *